‘Stesen TV berhak tarik semula gelaran Da’i..’ Demikian pendapat pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris apabila timbul isu melibatkan pendakwah selebriti yang lahir daripada program terbitan stesen televisyen. Menurut pandangan Amin, stesen televisyen berhak untuk memutuskan untuk menarik semula atau tidak gelaran Da’i atau Pencetus Ummah bermasalah. Katanya, keputusan tersebut terletak di bawah bidang kuasa stesen TV yang melahirkan Da’i dan Pencetus Ummah.
“Kita kena semak dahulu, adakah gelaran ini satu bentuk pentauliahan atau pengiktirafan dalam bidang ilmu sehingga ada keperluan untuk ia ditarik semula. Sekiranya ada keperluan, pandangan saya, stesen televisyen berkaitan yang bertanggungjawab menarik semula gelaran berkenaan atau paling tidak membuat kenyataan rasmi mengenainya. Tanggungjawab ini bukan dipikul organisasi agama mahupun pendidikan,” katanya.
Amin juga berharap masyarakat tidak mudah pukul rata dan menyalahkan semua individu bergelar Da’i dan Pencetus Ummah disebabkan kontroversi membabitkan beberapa individu yang membawa gelaran berkenaan. “Saya tidak nafikan, gara-gara kontroversi berkenaan, imej ilmuan dan agamawan lain turut tercalar. Sampai ada pihak masjid yang membatalkan jemputan mereka kepada sahabat-sahabat Da’i dan Pencetus Ummah disebabkan kontroversi berkaitan. Tapi saya harap, masyarakat tidak pukul rata, gara-gara satu atau dua individu, semua Da’i atau Pencetus Ummah dikata bermasalah. Inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya lagi.
Sementara itu, seorang lagi pendakwah terkenal, Ahmad Dusuki Abdul Rani menasihati agar mana-mana pihak tidak mudah memberikan gelaran ‘ustaz’ lebih-lebih lagi berkaitan hal ehwal agama kepada mana-mana individu. “Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghadiahkan gelaran berkaitan agama kepada mana-mana individu dengan begitu sahaja. Contoh seperti gelaran ustaz, yang sekarang ini terlalu mudah diberikan kepada seseorang.
Kita kena ingat pesan Rasullullah SAW, yang membawa nama Islam ini adalah benteng kepada agama. Jadi, janganlah kita burukkan agama dengan perkara-perkara yang tidak elok,” katanya. Pada Jumaat lalu, negara digemparkan dengan berita seorag pendakwah selebriti, Da’i Syed atau Syed Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, atas hukuman pnjra 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita di sebah kondominium lima tahun lalu.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.