Tak nak tambah penderitaan sesiapa, ini pula respon Puteri Sarah pasal perpisahan bekas suami dan Ira Kazar

Pelakon Puteri Sarah menganggap perpisahan antara bekas suami, Syamsul Yusof dan Ira Kazar merupakan takdir yang sudah tertulis buat mereka. Memetik Harian Metro, Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 39, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perceraian Syamsul dan Ira. “Ini adalah takdir yang sudah tertulis buat mereka. Saya dan Syamsul sudah tiada apa-apa ikatan hanya berurusan hal anak-anak saja. Apa yang berlaku hari ini, saya tak nak komen apa-apa. Saya enggan menambah penderitaan sesiapa.”

Dalam pada itu, disoal adakah akan kembali menerima Syamsul dalam hidupnya, Sarah berkata, dia kini hanya mahu memberikan fokus kepada dua cahaya matanya. “Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah. Saya nak cari duit untuk anak-anak. Saya nak besarkan mereka sebaik mungkin.” Terdahulu, Syamsul dan Ira sah berpisah talak satu di  Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Khamis. Mahkamah mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat Syamsul terhadap Ira sejak 14 Ogos lalu.

Sebelum ini, pengarah filem KL Gangster ini mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perpisahan terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu. Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada persefahaman. Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version