Sempat berdakwah kepada banduan lain, Dai Syed ceritakan pengalaman 21 hari dalam pnjara

TEMPOH 21 hari ditempatkan di Penjara Kajang memberi peluang kepada pendakwah selebriti Da’i Syed untuk menyampaikan dakwah kepada banduan-banduan lain yang turut menerima hukuman. Kata Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, dia mengambil kesempatan yang ada dengan memberikan manfaat kepada orang lain dalam menyebarkan dakwah Islam. Syed bagaimanapun mengakui pengalaman meringkuk dalam penjara merupakan sebuah kenangan pahit sepanjang hidupnya.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah, masuk penjara kan jadi pengalaman yang begitu pahit, gelap hidup saya pada saat itu. Tapi Alhamdulillah kesihatan saya di dalam penjara baik-baik sahaja. Layanan yang diberikan semuanya baik. Saya dapat berdakwah dalam penjara, ajar orang mengaji dan sambut Maulidur Rasul di dalam penjara. Saya dapat kenalkan kepada banduan tentang nabi dan rasul. Jadi saya ada kesempatan di dalam penjara untuk memberi sedikit manfaat dan ilmu,” katanya kepada pemberita.

Syed berkongsi perkara itu ketika ditemui Mahkamah Tinggi Shah Alam pada pagi Selasa, Selangor bagi kes rayuan membabitkan dirinya atas pertuduhan merogol. Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula pada 5 November untuk pengurusan kes sementara menunggu alasan penghakiman daripada Mahkamah Sesyen. Dalam pada itu, isteri Syed iaitu Hana Ismail meluahkan rasa syukur kerana suaminya itu dibebaskan sementara bagi menunggu kes rayuan yang dibuat.

Meskipun menerima pelbagai reaksi daripada warganet tentang pembebasan Syed, Hana memberitahu masih ada individu yang mengambil berat tentang situasi yang menimpa mereka. Tambahnya, dia hanya mahu menggunakan masa yang ada untuk dihabiskan bersama suami dan anak perempuan mereka. “Alhamdulillah syukur tapi kita sebagai manusia sebenarnya kita hanya diberikan pinjaman masa. Saya mahu habiskan masa sebaik mungkin bersama suami dan anak saya.

Allah Maha Baik, tak semua warganet yang beri kritikan. Masih ada orang yang baik-baik dan sangat mengambil berat tentang kami. “Walaupun pada mereka mungkin kami tidak layak tapi sebab kami ihsan dan akhlaknya baik jadi Alhamdulillah. Kami dapat juga (mohon pembebasan sementara),” ujarnya. Pada 30 Ogos lalu, Syed menangis dalam kandang tertuduh apabila dihukum penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam kerana didapati bersalah mergl seorang wanita di sebuah kondominium pada lima tahun lalu.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas tuduhan mergl wanita berusia 23 tahun di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019. Atas kesalahan itu, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman pnjra maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Mahkamah Tinggi memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version