Jumaat ni ulangtahun kelahiran Fazura, ramai yang mengharapkan mereka tak jadi berpisah

Seorang pengguna media sosial berharap aktor Fattah Amin dapat menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri, Nur Fazura sebelum prosiding perpisahan seterusnya berlangsung pada 7 Oktober ini. Menerusi hantaran di X, individu tersebut berkata, Fazura bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-41 pada Jumaat dan percaya Fattah tahu apa yang perlu dilakukan untuk memujuk isteri tercinta.

“Saya percaya Fattah seorang suami yang baik dan Fazura juga seorang isteri yang baik. Saya berharap dalam tempoh dua minggu sebelum tiba hari prosiding seterusnya, mereka berdua boleh selesaikan secara baik. Ulang tahun Fazura pada Jumaat ini (27 September) dan Fatima pada 2 Oktober depan. Awak tahu apa yang sepatutnya awak buat, Fattah.”

Terdahulu, Fattah enggan melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu. Kata Fattah, dia masih menyayangi isterinya biarpun aktres itu nekad dengan pendiriannya minta dilepaskan. Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version