Tetap dengan pendirian menyuarakan pendapat, Uyaina Arshad bakal ambil tindakan kalau ada yang sentuh keluarga dia

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad tak gentar dan tetap dengan pendirian menyuarakan isu gangguan sosial melibatkan kanak-kanak susulan namanya tular di media sosial, baru-baru ini. Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bukanlah mahu melakukan serangan peribadi melainkan mengkritik dan mempersoal tindakan yang dilakukan seorang pemuda dikenali Abang Bas.

Sebaliknya, dia berpegang teguh pada pendirian dan tidak akan berdiam diri bersuara mengenai isu gangguan sosial terhadap kanak-kanak. “Saya juga seorang ibu. Saya tidak mahu anak saya dirakam. Saya seorang ibu walaupun kata-kata saya tidak semestinya mewakili mereka di luar sana. Cuma secara peribadi jika anak saya sudah besar dan ke sekolah, Saya tidak mahu anak saya dirakam ketika menaiki kenderaan awam,” katanya.

Katanya lagi, tiada keperluan buat dirinya untuk berasa gentar kerana bersuara perkara yang benar dan berasaskan fakta serta kajian, lebih-lebih lagi hantaran yang boleh menarik perhatian pelaku pedofilia di luar sana. “Video itu pula dimuat naik di platform media, dimasukkan lagu-lagu jiwang dengan kapsyen yang tidak sesuai. Bukan itu sahaja, video itu kemudian disimpan oleh banyak orang yang kita tidak tahu, adakah antara mereka adalah pelaku pedofilia?

Jadi, ketegasan saya hanyalah tindakan untuk mencegah bahawa merakam kanak-kanak sewenangnya adalah salah. Sekiranya tindakan ini ‘terlepas’, pelaku lain akan buat benda yang sama. Bila perkara ini berlaku, apa yang akan terjadi kepada masyarakat kita?” katanya lagi. Pemegang ijazah sarjana muda undang-undang dari Universiti Malaya menegaskan, dia tidak akan bercakap mengenai sesuatu di luar konteks atau tidak diksokong dengan fakta.

“Saya tidak takut menyuarakan kebenaran. Lagi pula ini bukan isu pertama yang saya suarakan dan tidak semua isu juga saya mahu ulas. Tapi perkara melibatkan kanak-kanak adalah kepentingan awam,” kata Uyaina Arshad. Ujarnya lagi, dia tidak akan sesekali menutup ruangan komen dan tidak kisah menerima makian daripada orang ramai asalkan tidak menyentuh mengenai keluarga.

“Jangan sentuh keluarga saya. Kalau makian itu diberikan untuk saya, saya boleh terima. Tapi jika mengheret suami, anak, ibu ayah, maka saya akan ambil tindakan,” tegas pengacara program Wanita Hari Ini. Terdahulu, Uyaina Arshad telah dikecam di media sosial terutamanya di TikTok susulan video ulasannya berkenaan kes Abang Bas yang didakwa merakam video pelajar sekolah rendah di mana perbuatannya dianggap tidak sepatutnya.

Disebabkan itu, keluarga kepada pemuda tersebut bercadang mahu menyaman Uyaina dan beberapa individu lain kerana mendakwa mendatangkan syak wasangka kepada Abang Bas sehingga dia dikecam teruk sewaktu ditahan reman.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version