Ambil masa 6 jam untuk tiba di Laban Rata, Bella Astillah dan Syed Saddiq sedondon panjat Gunung Kinabalu

Advertisements
Advertisements

PELAKON Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyahut cabaran mendaki Gunung Kinabalu, Sabah dengan masing-masing lengkap berbaju Melayu dan kurung. Bella atau Dayang Ara Nabella Astillah, 31, berkata mereka mengambil masa enam jam untuk tiba di Laban Rata yang menjadi lokasi persinggahan pendaki sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

“Alhamdulillah, sampai pun Panalaban atau Laban Rata. Kita naik pukul 10 pagi dan sampai 3.20 petang,” katanya menerusi laman Instagram. Dalam hantaran tersebut, Bella turut berkongsi momen dia bersama Syed Saddiq menikmati pemandangan indah sekitar lokasi berkenaan. Tidak hanya itu, Bella juga berkongsi gelagat Syed Saddiq sepanjang mereka mendaki gunung bersama.

Kata Bella, ahli politik berkenaan sentiasa bertenaga dan menghiburkan hatinya sepanjang ekspedisi itu. “Saya separuh sedar sudah sebenarnya, sampai terfikir bagus saya jadi ikan. Tapi Syed Saddiq boleh menari, menyanyi dan sewaktu dengannya. Oh lupa dia Ironman manakala saya biasa iron (gosok) baju. Dia tetap dengan baju Melayu, sampin dan songkok tinggal nak raya di puncak nanti,” ujarnya.

Pun begitu, Bella tidak berkongsi lanjut adakah mereka bakal meneruskan pendakian sehingga ke puncak Kinabalu. Sebelum ini, Syed Saddiq pernah bekerjasama dengan Bella dalam video muzik lagu nyanyiannya berjudul Tapi Bukan Denganmu. Namun hubungan mereka menjadi semakin akrab apabila digandingkan bersama untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version