Ramai yang tegur bila minum air sejuk masa pantang, sekali ini respon selamba dari Intan Najuwa

Advertisements
Advertisements

Pelakon Datin Intan Najuwa reda apabila menerima teguran daripada segelintir individu berhubung minum air sejuk selepas lebih sebulan melahirkan anak secara pembedahan caesar. Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, air sejuk yang diminum akan bertukar mengikut suhu badan dan tidak akan menjejaskan kesihatan ibu terutamanya selepas melahirkan anak.

Pelakon drama Racun Raihana itu menjelaskan perkara tersebut ketika membalas komen seorang wanita dalam sebuah hantaran di laman Instagramnya. “Air sejuk kalau masuk badan akan tukar kepada suhu badan kak, kalau masuk perut insya-Allah tak sejuk perut akak,” balasnya. Malah, Intan sempat berseloroh mahu menjadi kucing memandangkan setiap tindakannya kerap disalah ertikan oleh segelintir warganet.

“Mak aku pantang tak minum ais”, “jiran aku pantang tak sentuh ais”, “nenek aku pantang minum itu ini,” Ha apa lagi? Aku lah redha jela, aku jadi kucing jela senang. “Gara-gara saya minum ais, sekarang saya jadi kucing dah. Semoga puas hati makcik,” ujar Intan. Sekadar info, pelakon drama Racun Raihana itu telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu. Intan melahirkan cahaya mata pertama bernama Imane Lunara secara operasi pada 15 Disember tahun lalu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version