Pihak sana perlu bayar sejumlah wang ganti rugi, Caprice luah rasa syukur menang kes injunksi interim Ebit Lew

Advertisements
Advertisements

Penyanyi rap sensasi Caprice luah rasa syukur apabila menang kes injunksi interim membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Tinggi, hari ini. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli di laman Instagramnya yang berkata, pihak Ebit perlu membayar sejumlah wang ganti rugi. “Alhamdulilah, hari ini kita menang di Mahkamah Tinggi untuk lwn injuksi interim kes vs Ebit Lew.

Pihak sana kena bayar kepada kami sejumlah wang dan kami dibenarkan untuk membuat liputan berkaitan berita yang membabitkan Ebit Lew. Ramai tanya kenapa Cap tiba-tiba lama senyap? Sebab pihak sana pasang injuksi interim jadi saya tak dibenarkan untuk mengulas nama dan apa-apa berita dia. Tapi hari ini kita menang, syukur alhamdulilah,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak guaman yang telah bertungkus-lumus membantu sepanjang mengendalikan kes tersebut sehingga pihaknya memperoleh kemenangan. “Terima kasih diatas penilaian yang bijak, terima kasih kepada peguam saya di Thomas Philips untuk kerja yang baik dan menegakkan hak kita untuk membuat liputan berita demi kesedaran nasional,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ebit atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim memperoleh perintah injunksi interim bagi menghalang penyanyi tersebut dan pempengaruh media sosial Indonesia, Mondy Tattoo daripada mengeluarkan kenyataan mencemarkan reputasi dan berbentuk ugutan. Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Oktober 2023, terhadap Caprice dan Mondy selepas wanita tersebut pernah disantuni oleh Ebit akibat kesusahan hidup sebagai gelandangan.

Mahkamah juga mengarahkan kedua-dua individu berkenaan untuk memadam satu rakaman di laman YouTube Nustix.com The Podcast Show serta lima video di Instagram penyanyi rap itu dalam tempoh 24 jam selepas perintah injunksi sementara dikeluarkan. Sumber: Omm.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version