Tak nak komen pasal isu buka tudung, Nelydia Senrose minta orang ramai mendoakan dia

Advertisements
Advertisements

Penampilan terbaharu pelakon, Nelydia Senrose yang dilihat tidak lagi mengenakan hijab sejak Jun lalu telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ketika ditemui, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 30, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung penampilannya itu sebaliknya dia mengakui masih mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Saya tak ada komen tentang perkara (penampilan) itu. Macam saya pernah cakap sebelum ini, saya sedang mencuba dan masih mencuba dan tidak akan berhenti mencuba untuk menjadi manusia lebih baik.” Nelydia berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi bagi drama Seindah Hujan Cinta yang berlangsung di Bandar Utama, pada Selasa. Dalam kesempatan itu, adik kepada aktres Uqasha Senrose ini juga memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Jadi saya mengharapkan doa daripada orang ramai untuk menjadi manusia yang lebih baik. Saya tahu dan percaya doa yang baik itu akan berbalik kepada diri kita.” Apabila ditanya mengenai responnya terhadap komen-komen warganet berhubung penampilannya yang tidak lagi berhijab, pelakon drama Seindah Hujan Cinta itu enggan memberi sebarang kenyataan. “Saya tak nak komen lanjut mengenai perkara itu.”

Sekitar Jun lalu, nama Nelydia menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dilihat tidak lagi berhijab. Malah pelakon drama popular Setia Hujung Nyawa itu didakwa menukar gambar profil Instagram yang menunjukkan tidak lagi bertudung. Sekadar info, Nelydia telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version