Ramai yang nak tahu, sekali Cik Epal dedah kenakan bayaran RM100k untuk review produk dekat tiktok

Advertisements
Advertisements

Personaliti media sosial terkenal, Cik Epal mendedahkan kadar bayaran yang dikenakan olehnya terhadap mana-mana peniaga yang mahu mendapatkan perkhidmatan ‘review’. Menurut Cik Epal, dia seorang yang sangat serius dan tahu mengenai keupayaan dirinya apabila melibatkan soal perniagaan. Oleh sebab itu, dia mendedahkan harga yang dikenakan olehnya terhadap para peniaga yang mahu mendapatkan perkhidmatan review. Tambah Cik Epal, terlalu ramai yang menghantar direct message (DM) dan bertanya mengenai harga review yang dicaj olehnya sebelum ini.

Ujar Cik Epal, untuk posting di feed harganya RM30 ribu manakala, di Instagram Story pula bernilai RM20 ribu. Lebih menjadi tumpuan, Cik Epal mengenakan harga RM50 ribu untuk dua jam sesi live di TikTok dan RM100 ribu untuk empat jam sesi live. Di samping itu. Cik Epal turut memuat naik bukti bahawa akaun Instagramnya antara yang menjadi tumpuan ramai. “Ramai betul berkampung dekat Instagram aku ni. Sampai 398.4 Million view.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version