Dari sebelum kahwin kena kecam, Ira Kazar akui tak ambil hati dengan komen warganet

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh dan penyanyi, Ira Kazar mengakui bahawa dirinya sering menjadi sasaran kritikan netizen di media sosial. Namun begitu, dia memilih untuk tidak mengambil hati terhadap komen-komen negatif yang diterima. Menerusi video yang dikongsikan Sinar di TikTok, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 30, sebaliknya menjadikan kritikan itu sebagai motivasi untuk terus menjadi insan yang lebih baik. “Saya tak kisah apa orang cakap tentang saya, asalkan saya cuba untuk jadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini”

Menurut Ira, tak dinafikan bahawa pandangan orang ramai terhadap seseorang seringkali dipengaruhi oleh apa yang mereka baca di media sosial dan lihat secara luaran sahaja. Namun, tanggapan itu mungkin berbeza apabila mereka mengenali individu itu secara lebih dekat. “Dari dulu saya kena kritik, sebelum kahwin lagi. Tapi kritikan dulu tak dahsyat macam sekarang kan. Orang bercakap berdasarkan apa yang diorang baca di media sosial sahaja.

Bila orang tu dah kenal, jumpa kita mungkin tanggapan orang tu pun lain. Jadi, saya tak salahkan warganet dekat luar sana. Bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof ini bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan moral terhadapnya tatkala dirinya menjadi sasaran kritikan warganet di media sosial. Alhamdulillah saya ada sokongan moral yang sangat kuat daripada keluarga. Jadi itu salah satu kekuatan saya meneruskan kehidupan.”

Malah dia percaya dan yakin apa yang berlaku di atas muka bumi ini adalah atas kehendak Yang Maha Esa. Sebagai hambaNya, dia reda dengan takdir yang telah tertulis. “Dalam dunia ni kita tak ada kawalan, tapi apa yang berlaku semua adalah atas keizinan Allah juga. Benda itu nak berlaku atau tidak, semuanya dah tersusun dan saya percaya setiap perjalanan seseorang itu ada perjalanan dia.” Ditanya mengenai perancangan masa depannya, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi ini memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya berbanding cinta.

“Kadang-kadang kita pilih profesion tapi yang datang cinta. Buat masa sekarang, saya memilih profesion daripada perhubungan. Tapi kita tak tahu masa akan datang. Tiba-tiba ada jodoh datang atau saya suka dekat seseorang tu, saya tak tahu. Tapi sekarang belum ada lagi lah.” Terdahulu, Ira hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi prosiding tuntutan kos kehadiran daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri. Syamsul dan Ira kemudiannya disahkan berpisah oleh mahkamah pada hari yang sama. Menurut peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu. Imbas kembali, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perpisahan terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu atas sebab tiada persefahaman.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perpisahan sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version