Ada yang tak senang duduk tengok anak makan makanan Korea, sekali ini pula respon selamba dari Ryzal Ibrahim

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim selar warganet yang mempertikai caranya dan isteri, Maryam Younarae membesarkan anak, Rina Diana, baru-baru ini. Sebelum ini, video dimuat naik Maryam yang menghidangkan makanan tradisi Korea, Jjajang Tteokpokki menerima teguran daripada beberapa individu. Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, individu berkenaan mempertikai Maryam menghidangkan makanan Korea dan bukannya Melayu memandangkan wanita asal Korea Selatan itu sudah memeluk agama Islam.

“Patut kau (Maryam) dah masuk Islam bagi anak makan tekak Melayu,”pertikai individu berkenaan. Tidak berdiam diri, Ryzal menyindir kembali dengan nada sinis tetapi penuh berisi. “Dia macam ni kak, saya nak mencarut tak baik, tapi saya bagi perumpamaan sama kakak cakap ni. Bila dah Melayu patutlah letak gambar profile kain batik ke songkok ke, bukan gambar luar negara. Saya anggap ini ujian saya berdepan manusia terencat. Astaghfirullah maaf terlepas,” tulisnya.

Tidak cukup dengan itu, terdapat seorang lagi individu meninggalkan komen yang mendapat perhatian Ryzal. “Saya pun kesian kat abang, nama kita sama tapi sayang kebodohan dapat kat abang,” balasnya dengan tegas. Sekadar info, Ryzal berkahwin dengan Maryam di Korea Selatan pada Ogos 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rina Diana.

Pada November lalu, Maryam mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua dan menanti masa untuk melahirkan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version