Teruk kena kritik dengan warganet, Imran Bard muat naik gambar beri susu pada anak khinzir

Susukan anak khinzir, pempengaruh media sosial, Imran Bard menjadi bualan warganet selepas memuat naik beberapa foto dan video sewaktu di Thailand. Imran Bard atau nama sebenarnya, Muhammad Al Imran Badaruddin, 24, berkongsi dirinya berada di salah sebuah ladang mempunyai khinzir di negara berkenaan. Apa yang menarik perhatian ramai apabila memaparkan Imran menyusukan beberapa ekor anak khinzir yang sedang berada di dalam kandang.

Perkongsian Imran itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya kurang senang melihat perbuatannya menyusukan haiwan berkenaan. Mereka juga mempersoal tindakan Imran memuat naik video dan foto yang boleh mengundang fitnah orang ramai.

Sedar menerima kecaman, Imran menjelaskan ia merupakan pengalaman indah buat dirinya menyusukan anak khinzir. Dalam pada itu, dia juga berpendapat menyusukan haiwan berkenaan bukanlah satu kesalahan selagi tidak bersentuhan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version