Menang saman dengan Mondy Tatto, Caprice beri penjelasan macam mana Ebit Lew boleh menang

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh, Caprice dedah punca Ebit Lew menang saman apabila memuat naik hantaran di Instagram mengatakan ketidakhadiran seorang wanita Indonesia dikenali sebagai Mondy Tatto atau nama sebenar Dita Restu. Dalam posting tersebut, Caprice atau Ariz Ramli menyatakan personaliti media sosial Indonesia tersebut tidak pernah hadir ke mahkamah dan secara automatik kemenangan berpihak kepada Ebit Lew. Dalam pada itu, dia juga mengatakan sudah tiga kali komen penjelasan yang dibuat di media sosial Ebit Lew telah dipadam.

Ujarnya secara sarkastik, mungkin admin kepada media sosial Ebit Lew sedang rajin memadam komen-komen daripada Caprice. “Dah 3 kali kot cap post comment. Admin tengah rajin delete comment kot?” tulisnya. Pempengaruh itu juga mengatakan yang lebih baik untuk orang ramai menfokuskan kes Tenom yang dipercayai turut melibatkan pensonaliti dakwah tersebut.

“Takpe guys. Semalam member kalah. Dia pun nak rasa dia “menang”, so kita kasi lah dia happy skit. Weekend ni kita cover kes Tenom. InsyaAllah” ujarnya lagi. Terdahulu, Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim memaklumkan Mahkamah Seksyen Shah Alam telah memutuskan Mondy perlu membayar pampasan sebanyak RM20,000 kepadanya selepas menang saman terhadap Mondy Tatto.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version