Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata hasil daripada perkahwinan bersama isteri, Watie Hanifiah. Ketika ditemui, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad, 41, berkata selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, dia dan Watie kini sudah bersedia untuk memiliki zuriat bersama.
“Sebenarnya benda ini (hasrat memiliki anak) ketika kami tunai umrah tahun lalu. Sebenarnya, Watie banyak perkara yang dia rasa takut nak luahkan kepada saya, termasuk keinginan untuk mempunyai anak. Tapi dekat umrah tu saya sendiri yang buka mulut dulu tentang hal zuriat, Watie antara manusia paling gembira. Dia kata dia memang ada niat nak cakap, tapi takut nak beritahu.”
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024 yang diadakan Kuala Lumpur, bari-baru ini. Tambah Shuib lagi, mungkin sudah tiba masanya dia menambah zuriat memandangkan anak bongsunya hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah iaitu Ayyash Affan kini sudah berusia empat tahun.
“Saya rasa ini waktu yang sesuai. Lagi pula, saya terfikir semua anak yang ada sekarang adalah anak tiri kepada Watie. Saya selalu fikir, andai jika satu hari nanti apa-apa berlaku pada saya atau jika saya tiada, tiada perkara yang dapat mengikat Watie dengan anak-anak saya. Mungkin juga sebagai lambang penyatuan kami, jadi anak-anak akan lebih erat dengan Watie.”
Dalam pada itu, Shuib meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang isteri yang sangat memahami, bertanggungjawab, dan menyayangi anak-anaknya dengan ikhlas. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.