Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Saifudin Salleh, 27, tidak pernah terfikir untuk meninggalkan isterinya yang kini sedang derita kanser brh tulang tahap empat. Menurut laporan Harian Metro, Muhammad Saifudin kini bercuti daripada bekerja demi menjaga dan menguruskan isterinya, Nurul Fatihah Noor Aslam, 25. “Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk tinggalkan isteri dan biarkannya sendirian dalam kesakitan, saya akan temaninya selagi diizinkan Allah SWT,” katanya. Difahamkan, Nurul Fatihah sedang mendapatkan rawatan kemoterapi dan barah yang dihadapi menyebabkan ada ketumbuhan yang membengkak pada bahagian tulang bawah mata kanannya di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Menceritakan semula apa yang berlaku kepada isterinya, Muhammad Saifudin berkata Nurul Fatihah alami simptom kebas pada bahagian bawah mata dan tulang pipi pada Oktober 2024 sebelum disahkan hidap brh tulang. “Keputusan pemeriksaan awal negatif, tetapi kali kedua positif, sekali gus mengesahkan isteri menghidap barah. Mulanya terkejut bila dapat tahu kerana dalam sejarah keluarga isteri, tiada yang menghidap barah namun kini, saya sudah reda. Isteri pula agak kecewa pada mulanya. Kini, dia juga lebih banyak termenung serta tidur,” katanya.
Disebabkan itu, Nurul Fatihah perlu menjalani tiga kitaran rawatan kemoterapi untuk merawat barah selain wajahnya terpaksa melakukan operasi kerana ketumbuhan sudah membengkak sehingga menutup mata kanan selain merebak ke sebahagian hidung dan mulut. “Doktor beritahu, kes isteri saya ini agak jarang berlaku kerana membabitkan bahagian mata dan dijangka perlu membuat pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Mengikut perancangan, doktor akan ambil kulit paha untuk ditampal pada wajah isteri dalam prosedur itu, namun operasi berkenaan hanya boleh dijalankan sebaik kemoterapi selesai. Buat masa ini, isteri perlu jalani kemoterapi dulu. Memandangkan keadaannya masih lemah, saya suapkan isteri makan, minum dan bantu mandikannya,” katanya. Dalam pada itu, Muhammad Saifudin akan tetap tabah dan terus kuat dalam mengharungi dugaan demi isteri serta anak mereka, hasil perkahwinan mereka, Nur Qaleesya Dania yang berumur setahun empat bulan.
Dia juga berharap agar isterinya sembuh seperti sedia kala serta dapat menjalani kehidupan dengan bahagia bersama keluarga tercinta kelak. “Saya ada kongsi kisahnya di media sosial dan isteri gembira kerana ramai doakannya juga, selain ramai rakannya datang melawat. Berkaitan soal kewangan, saya bergantung kepada wang simpanan. Saya juga sudah mohon bantuan, antaranya daripada pusat zakat dan kini menunggu kelulusan. Saya juga risau tidak cukup wang memandangkan isteri kini perlu minum susu, jadi perlu sediakan bekalan itu (susu) buatnya,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam di 06082023643007 atas nama Nurul Fatihah Noor Aslam. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.