Pergi menghadap illahi tak mengenal usia Datin Shahida akui dah siap tinggalkan wasiat buat anak sulung

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida meninggalkan wasiat kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan sekiranya ditakdirkan dirinya meninggal dunia suatu hari nanti. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shahida atau nama lengkapnya Shahida Mohd Rashid menitipkan pesanan penting kepada Ammar untuk meneruskan legasi perniagaan yang telah dibangunkan dan tidak menutup syarikat mereka. Klik sini untuk lihat video.

“Kalau saya meninggal dunia, saya pesan kepada Ammar supaya jangan tutup syarikat dan teruskan perniagaan mama. Kalau tak pandai berniaga atau buat live menjual, boleh bantu Qadijah buat live, sementara Ammar menguruskan bahagian pengurusan.” Shahida turut menjelaskan bahawa sejak kecil, anak-anaknya telah dididik tentang dunia perniagaan bukan kerana ingin menggunakan tenaga mereka, tetapi sebagai persediaan untuk masa hadapan.

Dalam pada itu, Shahida juga mendedahkan bahawa setiap bulan dia menyimpan wang untuk anak-anaknya sebagai jaminan sekiranya sesuatu berlaku kepadanya dan suami, Aliff Syukri. “Saya memang menyimpan duit setiap bulan untuk anak-anak. Kalau apa-apa terjadi pada saya, mereka masih ada wang untuk meneruskan kehidupan. Kita perlu ada persediaan dan perancangan untuk mereka. Andai kata kami pergi menghadap illahi dan mereka tiada duit untuk meneruskan hidup, saya sudah berpesan kepada Ammar supaya pergi ke pejabat dan lihat maklumat rumah sewa.

Gunakan duit kutipan sewa rumah untuk menampung diri dan adik-adik. Dan yang paling penting, jangan sesekali adik-beradik berpisah.” Tambah Shahida lagi, adalah penting untuk setiap ibu bapa membuat perancangan buat masa depan anak-anak termasuk dari segi kewangan sebagai persediaan sekiranya mereka tiada kelak.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version