Tahu tahu dah bersalin, Hafidz Roshdi kongsikan isteri dah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama

Advertisements
Advertisements

TIADA angin tiada ribut, pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan isterinya iaitu Athira Yuhada selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka. Berita gembira itu dimaklumkan Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 31, apabila memuat naik foto bersama Athira dan bayi mereka.Kongsi Hafidz, bayi tersebut dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor.

“Alhamdulillah, dilahirkan pada 13 Februari 2025, 7.35 malam,” katanya. Hafidz berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad. Bagaimanapun Hafidz dan Athira tidak berkongsi jantina bayi mereka. Malah Hafidz juga sebelum ini ini tidak pernah berkongsi berita kehamilan Athira apabila ditanya media. Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun berpisah pada 27 Julai 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 8, dan, Umarr, 5 tahun. Hafidz menamatkan dudanya dengan Athira pada 15 Disember 2023. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version