Gara gara video Imran Bard, Ellie Suriati sedih sebab jadi bahan ketawa warganet

Advertisements
Advertisements

GARA-GARA video parodi yang dihasilkan oleh personaliti media sosial Imran Bard, pelakon dan pengarah Ellie Suriati menerima kritikan hebat warganet di media sosial miliknya. Mengulas perkara itu, Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 55, berkata dua anaknya iaitu  Azrell Omar, 21, dan Nur Azreen, 16, juga antara tidak terlepas dikritik warganet baru-baru ini. Menurut Elly, emosi anak-anaknya juga tidak stabil dan terkesan lebih-lebih lagi apabila berhadapan umum.

“Saya baca komen warganet dan segalanya di dalam itu semuanya negatif, ramai yang mengatakan saya patut berterima kasih kepada Imran kerana menaikkan semula nama saya sebab sudah ‘sendu’ tapi kalau betul kenapa guna nama saya. Sekarang ini saja kena siber buli dalam perkongsian video saya meraikan sambutan hari lahir anak lelaki saya, dalam video itu warganet masuk secara ramai-ramai dan buli saya… itu adalah bahagian privasi saya dengan anak-anak.

Bila mereka (netizen) serang dalam video itu memang sakit untuk saya sebab mereka mengejek, warganet tak faham sebab warganet tak kerja keras selama 30 tahun bina nama bukannya satu yang mudah,” kata Ellie Suriaty. Dalam pada itu pelakon Mat Kilau itu memberitahu anak sulungnya iaitu Azrell Omar cuba menghubungi Imran Bard menerusi aplikasi TikTok namun usahanya tidak berjaya ekoran tidak dilayan individu berkenaan.

“Anak saya ada hubungi dia (Imran) sebab nak tahu apa yang berlaku dan kenapa buat macam tu tapi tidak dibalas mesej tersebut,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version