Usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila semakin semakin terbuka menunjukkan kemesraannnya dengan kekasih, Dewi di media sosial. Baru-baru ini, Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi telah memuat naik satu foto di Instagram Story memaparkan dirinya manis mengenakan hijab berwarna hitam. Tetapi apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah komen ‘sweet’ yang ditinggalkan Jofliam yang memuji keayuan kekasihnya itu.
Malah, Jofliam atau pemilik nama Jofli Abu Bakar turut menggelarkan Dewi sebagai ‘bidadari’ dalam hidupnya. “Bidadari Abang.” Tindakan romantis itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang mendoakan kebahagiaan buat pasangan ini. Terdahulu, persengketaan antara Jofliam dan bekas isterinya Cik Epal tidak berkesudahan dengan mendedahkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain.
Dewi yang merupakan pekerja Jofliam turut terpalit dan didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan itu. Jofliam kemudian mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan Dewi dan memaklumkan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki. Namun mereka berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.