Akhirnya dapat sumbangan RM1 juta, Syed Saddiq tampil jelaskan sebab dia terpaksa jadi model

Advertisements
Advertisements

“Saya terpaksa jadi model… akhirnya dapat sumbangan RM1 juta untuk Parlimen Muar,” demikian kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat, hari ini. Bekas Menteri Belia dan Sukan daripada MUDA itu berkata, ia susulan usahanya bagi mendapatkan peruntukan daripada kerajaan masih belum menemui hasil.

“Saya sudah cuba berkali-kali (memohon peruntukan) namun tidak berjaya… sebab itu saya lari dan jadi model. Ada Ahli Parlimen marah saya jadi model. Saya terpaksa jadi model..” katanya. Sebelum ini Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, menegur Syed Saddiq supaya tidak melupakan rakyat Muar hanya kerana beliau sering bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, mempromosikan baju raya sebuah jenama.

Pada masa sama, Syed Saddiq berkata, pihaknya meminta kerajaan supaya tidak lagi berteka-teki dalam aspek pemberian peruntukan kepada pembangkang. Sebaliknya beliau berkata, kerajaan perlu menjelaskan di Dewan Rakyat sama ada peruntukan itu akan diberikan ataupun tidak. “Isu peruntukan sebagai Ahli Parlimen Muar, saya konsisten dan beberapa kali cuba berunding. Saya ikut petua Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya berunding dengan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof).”

Saya sudah berunding sebanyak lima kali, surat demi surat sudahpun dihantar. Lebih 400 hari tetapi bantuan daripada kerajaan di Pusat Khidmat Parlimen Muar, kosong ringgit. Kalau tak nak (tidak mahu) kasi, cakap sahaja dalam Dewan ini, tak nak kasi jangan bermuka-muka. Di luar kata lain, di dalam kata lain, di luar kata lain lagi.” katanya lagi.

Syed Saddiq juga meminta kerajaan supaya mengamalkan politik matang dengan membela pengundi tanpa mengira warna politik. Sementara itu, Syed Saddiq memuji usaha Perdana Menteri dalam ketegasan membantu dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin di Gaza. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version