Intan Najuwa kagum dengan ibu yang besarkan anak tanpa pembantu, dia sendiri tak kuat nak uruskan anak seorang diri

Advertisements
Advertisements

Pelakon Datin Intan Najuwa akui sukar untuk menguruskan anak yang baru lahir tanpa pertolongan daripada pembantu. Menerusi potongan siaran langsung di TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, meluahkan rasa kagum dengan para ibu yang membesarkan anak tanpa menggunakan servis ‘helper’. Menurutnya, dia tidak kuat untuk menguruskan anak seorang diri. Klik sini untuk lihat video.

“Kepada semua ibu-ibu yang menjaga anak tanpa pembantu, korang memang kuat. Saya sangat hormat para ibu yang jaga anak terutama yang baru lahir. Saya tidak sekuat korang untuk jaga seorang diri sebab mungkin saya jenis tak kuat dari segi mental.” Berkongsi lebih lanjut, Intan berkata, walaupun dikelilingi pembantu namun ada kalanya sitausi menjaga Lunara menjadi huru-hara.

“Saya yang ada pembantu pun pening. Puting ke sana, botol susu dah ke sana, bedung entah dekat mana. Luna nangis, saya pun nangis. Lepas itu, bila kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pulak panik. Sampai lupa nak buat apa.” Dalam pada itu, Intan bersyukur diberikan rezeki untuk mengupah pembantu memudahkan urusannya sebagai ibu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version