Buat persembahan menyanyi lagu Ewa Bule di Beijing, ramai yang bangga dengan Shila Amzah

Advertisements
Advertisements

Selebriti Shila Amzah sekali lagi menjadi bualan ramai selepas penyanyi itu medley Ewa Bule dengan lagu berbahasa Cina ketika melakukan persembahan di Beijing baru-baru ini. Menerusi satu hantaran di Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah telah menyampaikan lagu tradisional dari Kelantan itu yang dimedleykan dengan lagu Wu Ming De Ren. Klik sini untuk lihat video.

Apa yang lebih membanggakan, penyanyi berusia 35 tahun itu turut berduet dengan penyanyi asal lagu Wu Ming De Ren iaitu Sun Nan yang pernah menjadi juri pada Asian Wave 2012, program yang telah dijuarai oleh Shila. “Persembahan terbaru saya di Beijing. Kita medleykan Ewa Bule dan Wu Ming De Ren nyanyian asal rakan duet saya, seorang penyanyi legende Sun Nan yang juga merupakan salah seorang juri ketika saya menjadi juara Asian Wave pada tahun 2012.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya menyanyi secara langsung diluar dalam keadaan yang sangat sejuk,” katanya pada ruangan kapsyen. Pada persembahan itu, Shila telah memulakan nyanyian tersebut dengan lagu Ewa Bule sebelum disambung oleh Sun Nan yang menyanyikan Wu Ming De Ren. Persembahan kedua-dua penyanyi hebat ini ditonton oleh para penonton yang kelihatan sedang menghayati setiap bait-bait lirik yang disampaikan oleh Shila dan Sun Nan.

Lebih mengejutkan, Sun Nan turut menyanyikan lagu Ewa Bule dengan sebutannya yang sangat tepat, seakan-akan sudah biasa menyampaikan lagu tradisional dari Kelantan itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji persembahan Shila disamping turut meluahkan rasa bangga kerana penyanyi itu telah mengangkat lagu tradisional dari Malaysia.

Tak kisah bahasa apa, kalau Shila yang nyanyi memang sedap! Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version