Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kini CEO atau Ketua Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat jenama fesyen popular, Hijabistahub selepas berkongsi tawaran pelantikan baru-baru ini. Menerusi satu hantaran di Instagram, hijabista.hub telah memuat naik satu video memaparkan pertemuan antara pengasas Hijabistahub, Wanie Elena dan Ahmad Syafiq Hilmi Zulkefly. “Siapa sangka? Hijabistahub kini dipimpin oleh figura penuh kejutan dan semangat luar biasa! Tahniah kepada Datuk Seri Aliff Syukri atas pelantikan CEO baru Hijabistahub,” kata hantaran di ruangan kapsyen.
Pada video tersebut, Aliff telah tiba ke pejabat utama Hijabistahub untuk berbincang mengenai jawatan tersebut sekaligus menandatangani kontrak perlantikan sebagai CEO.
Dalam pada itu, Aliff juga telah melafazkan janji untuk memberikan yang terbaik kepada syarikat tersebut, sekaligus mengangkat nama Hijabistahub sebagai sebuah jenama yang lebih unggul. “Saya akan melaksanakan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan Hijabistahub menjadi jenama yang lebih unggul dan menjadi jenama nombor satu di Malaysia,” ujar Aliff. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada Aliff disamping berharap usahawan itu dapat memberikan yang terbaik untuk syarikat itu.
Sebelum ini, Aliff telah berkongsi bahawa beliau menerima tawaran pelantikan sebagai CEO namun pada ketika itu, usahawan tersebut tidak menyatakan nama syarikat tersebut. Pada perkongsian itu, syarikat tersebut menawarkan gaji pokok RM300,000 disamping turut menyediakan elaun khas berjumlah RM15,000. Pihak syarikat tersebut berkata mereka memilih untuk memberikan tawaran tersebut kerana percaya dengan kemahiran Aliff yang mampu memberi anjakan positif untuk membangun perniagaan mereka.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.