Hantaran terbaharu pengarah dan pelakon hebat, Syamsul Yusof di Instagram (IG) telah menyorot perhatian warganet media sosial. Menerusi hantaran yang dibuat, Syamsul dilihat berkongsi beberapa momen dirinya yang sedang bercuti di Switzerland bersama keluarga tercinta. Syamsul turut memuat naik foto dirinya yang memeluk erat kedua ibu bapa iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail. Tiga beranak itu kelihatan begitu gembira dapat bercuti dan meluangkan masa bersama sepanjang di luar negara.
Selain Yusof dan Patimah, percutian Syamsul ke luar negara turut diikuti dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah serta ibu dan adik kepada bekas isterinya, Puteri Sarah. Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya seronok melihat momen mesra antara Syamsul dan kedua ibu bapanya. Sebelum ini, konflik antara Syamsul bersama dua ibu bapapnya bermula apabila pengarah filem ‘KL Gangster’ itu dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perpisahan.
Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Syamsul bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi. Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya Syamsul kembali ke pangkuan Yusof Haslam dan Patimah beberapa hari selepas berpisah dengan Ira pada September tahun lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.