Banyak beli jam sejak dapat bonus, individu ni dedah harga jam Johan Ghazali hampir mencecah RM100k seutas

Advertisements
Advertisements

Individu dedah Johan Ghazali banyak beli dan membuat koleksi jam tangan mewah yang dipercayai bernilai hampir RM100,000 bagi seutas. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok usahawan dan personaliti media sosial yang terkenal dengan jualan ‘preloved’ beg tangan mewah dan berjenama, Mirzan Johor mendedahkan harga bagi beberapa jam tangan milik Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo dalam kalangan peminat.

“Dia masuk championship kemudian dapat bonus kontrak, selepas itu saya nampak dia banyak buat pembelian jam. Ini adalah Hublot Classic Fusion Blue, harganya dalam RM24,000 ke RM30,000,” katanya. Selain itu, Mirzan mendedahkan Jojo atau nama sebenar Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memiliki seutas lagi jam tangan jenama Rolex bernilai hampir RM100,000. Klik sini untuk lihat video.

“Ini adalah Rolex Bruce Wayne Gold. Kalau kita jual Bruce Wayne yang biasa berharga RM83,000. Tetapi yang ini saya rasa mungkin harganya hampir RM100,000,“ katanya lagi dalam sebuah video berdurasi dua minit 49 saat. Secara keseluruhan, koleksi jam tangan Johan dianggarkan bernilai sekitar RM130,000.  Beliau membeli jam tangan ini sebagai ganjaran untuk dirinya sendiri setelah mencapai kejayaan dalam sukan Muay Thai.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version