Muat naik gambar bersama Emma Maembong, tapi kapsyen Dj Kidd jadi perhatian warganet

Advertisements
Advertisements

Deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd dilihat semakin terbuka berkongsi mengenai hubungannya bersama pelakon jelita, Emma Maembong. Terbaharu, DJ Kidd menyorot perhatian apabila memuat naik foto bersama Emma yang berdiri di sebelahnya menerusi hantaran Instagram Story. Selain Emma, terdapat dua orang lagi individu dipercayai rakan baik kepada mereka yang turut bergambar bersama.

Di ruangan kapsyen, DJ Kidd turut meluahkan rasa sayang terhadap ketiga-tiga individu tersebut termasuk Emma. “Love you guys.” Bukan itu sahaja, DJ Kidd turut meraih perhatian apabila memuat naik video dirinya yang sedang mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak bongsu kepada Emma iaitu Shakil Aryan Shah. Menerusi perkongsian yang dibuat, dapat dilihat DJ Kidd yang sedang mendukung Shakil sedang memberi makan kepada seekor keldai di sebuah zoo.

Terdahulu, spekulasi melibatkan kisah percintaan DJ Kidd dan Emma mula timbul selepas lelaki itu meluahkan perasaannya secara terbuka pada Januari lalu. Menurut DJ Kidd, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail kini berada di dalam hatinya. Kemudian, timbul desas-desus mengatakan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay penceraian bersama bekas suami, Muhammad Shazli Azhar.

Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 sebelum mengumumkan perpisahan pada 7 Oktober 2024. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version