Usahawan Kieda Crepe memaklumkan terdapat seorang pembeli membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung harga kek yang dijual didakwa terlalu mahal. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra bagaimanapun meluahkan rasa lega apabila tiada sebarang tindakan yang diambil terhadapnya selepas pegawai kementerian melakukan semakan harga.
“Ada pembeli dan haters buat laporan kepada KPDN dengan mengatakan kek kedai saya RM20 mahal. KPDN datang tengok tetapi semuanya lulus. Tiada saman kerana harga makanan semua berpatutan. Sampai ke tahap itu nak usik Kieda Crepe?” Dalam masa yang sama, Kieda turut berkongsi mesej perbualan di aplikasi WhatsApp bersama pekerjanya berhubung isu tersebut. Klik sini untuk lihat video.
Difahamkan pihak KPDN tidak mengambil sebarang tindakan berikutan tanda harga telah diletakkan dengan jelas malah kek tersebut bukan di dalam kategori barang kawalan. “Pelekat harga kita jelas, besar dan terpampang, jadi tiada tindakan yang diambil. Kalau mahal pun mereka ada pilihan nak beli bukan paksaan sebab harga sudah diletakkan. Makanan ini ‘homemade’, bukan dalam senarai harga kawalan macam minyak, ayam atau lain-lain.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kurang senang dengan aduan yang dilakukan individu tersebut kerana bagi mereka harga kek itu berpatutan. Dalam pada itu, mereka juga menasihati Kieda agar tidak mengendahkan sesiapa sahaja yang cuba untuk menjatuhkannya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.