Penyanyi Datuk Nora Arifin memaklumkan telah mengambil tindakan terhadap individu yang dipercayai merupakan anak tirinya didakwa memuat naik ciapan menghasut di platform X. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), penyanyi berusia 51 tahun itu berkata sejak tahun 2019 dia mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan balas.
“Dari 2019 saya tidak pernah bersuara atau respon terhadap semua kata-kata yang ditujukan pada saya di media sosial. Tetapi sekarang nasi sudah menjadi bubur. Biar undang-undang yang menentukan.” Sebelum ini, seorang individu dipercayai anak tirinya telah memuat naik satu ciapan yang berbaur kebencian dan menghasut. Individu itu disyaki berharap Nora meringkuk di dalam neraka kerana membuat ibunya menderita.
Kata individu itu, dia turut berharap agar Nora membaca kesemua ciapan yang dimuat naik di platform X. Terdahulu, Nora difahamkan bakal berpisah untuk kali kedua bersama suami, Dr Rushdi Ramli. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.