Hangat pasal lelaki berpakian wanita semasa AJL, akhirnya JAKIM akan panggil pihak yang terlibat

Advertisements
Advertisements

Isu beberapa pempengaruh lelaki beragama Islam yang berbusana persis wanita dipandang serius oleh segelintir pihak dan menggesa agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu ini. Susulan itu, pihak JAKIM telah tampil memberikan respon dan memandang serius mengenai isu tersebut. Menurut JAKIM, tindakan mereka itu telah menimbulkan keresahan dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya di Malaysia.

Oleh itu, pihak JAKIM telah menghubungi dan memanjangkan perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertanggungjawab dalam mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang. Kata JAKIM dalam satu kenyataan hari ini lagi, mereka akan memanggil pihak yang berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan.

“JAKIM menyeru dan menasihati semua pihak agar sentiasa peka, menghormati nilai-nilai serta sensitiviti agama di Malaysia. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan berharap agar perlakuan seumpama ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.” Harap isu ini dapat dibendung dan perkara sebegini tidak berulang lagi kelak.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version