Shila Amzah dedah banyak gambar dengan ibu tiri, sekali warganet pula tinggalkan reaksi panas

Advertisements
Advertisements

Penyanyi Shila Amzah jadi perhatian warganet selepas memuat naik hantaran di laman X yang menyebut mengenai ibu tirinya, Siti Munirah. Dalam ciapan tersebut, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 36, berkongsi bahawa ketika sedang mengemas galeri gambar dalam telefonnya, dia terjumpa koleksi foto bersama ibu tiri yang pernah menjadi teman baiknya. “Nak bersihkan galeri foto, dan saya perasaan ada banyak gambar saya bersama ibu tiri saya yang pernah menjadi kawan baik saya,” katanya ringkas di laman X.

Hantaran itu segera mendapat pelbagai reaksi daripada warganet, yang mengaitkannya dengan frasa popular “Kawan Adalah Maut” daripada filem Indonesia Ipar Adalah Maut. “best friend adalah maut. “Bestfriend adalah maut – stepmom edition. “Bestfriend adalah maut. “Bestfriend pon merisaukan eh sekarang ni haihh. “Makan dalam, pedihhh,” komen warganet.

Terdahulu, konflik rumah tangga bapa Shila, Datuk ND Lala, menjadi perhatian selepas ibunya, Fauziah Sarman, memuat naik foto seorang wanita bernama Siti Munirah di Instagram dengan kapsyen “penyondol”. Difahamkan, Siti Munirah merupakan rakan baik Shila ketika zaman persekolahan. ND Lala dan Fauziah akhirnya disahkan bercerai pada 2 Ogos 2023, dengan lafaz cerai dibuat menerusi rakaman suara di WhatsApp.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat orang anak, iaitu Shila, 35, Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30, dan Nur Syuhada, 27. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version