Abang kepada ahli politik Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah merestui hubungan adiknya itu dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Syed Abdullah atau nama lengkapnya Syed Abdullah Abd. Rahman, 38, menyatakan sokongan penuh terhadap hubungan adiknya itu. Malah mengakui pasangan terbabit sangat sepadan dan serasi apabila bersama. Klik sini untuk lihat video.
“Saya pun rasa mereka sesuai. Setuju 100 peratus. Kalau boleh kita sama-sama doakan mereka ada jodoh. Kita sama-sama doakan sesuatu yang baik berlaku.” Syed berkata demikian ketika ketika ditanya oleh warganet mengenai pendapatnya terhadap hubungan adiknya itu. Selain itu, Syed Abdullah turut menyatakan bahawa dia juga melihat perubahan Ahli Parlimen Muar itu yang kini lebih gembira terutamanya ketika bersama Bella.
“Sebab satu perkara yang saya perasan, saya kenal adik saya lama dan saya jarang nampak dia gembira macam ni. Jadi bila dia gembira, ia buat saya gembira.” Kenyataan tersebut sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan pengikut mereka, yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.