Gosip mengenai usahawan, Rozita Ibrahim yang didakwa berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam terus menjadi perbualan hangat warganet. Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok, tular sepotong video yang memperlihatkan Rozita atau mesra disapa Bonda sedang melintas jalan sambil berpegangan tangan dengan seorang lelaki. Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak dapat mengesahkan siapa lelaki tersebut namun mendakwa sosok itu merupakan suami baharu Rozita. Klik sini untuk lihat video.
“Yang ni nampak gagah perkasa, kaya sekufu.” “Sesuai dengan Bonda, so styling gitu,” komen beberapa warganet. Meskipun khabar angin tentang hubungan mereka sudah tersebar luas, namun pihak Bonda masih belum membuka mulut untuk mengesahkan mahupun menafikan spekulasi tersebut. Sebelum ini, menantu Rozita iaitu Datin Seri Shahida enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit dan meminta bertanyakan kepada tuan badan sendiri. Kata isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu, dia bukan individu yang layak untuk menjawab sebarang spekulasi yang bertebaran ketika ini.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.