Nak mulakan hidup baru, Ananda Natasha dedah sampai sekarang masih diganggu oleh bekas mertua

Advertisements
Advertisements

Personaliti media sosial, Ananda Natasha harap tidak lagi diganggu dengan kisah lama dan ingin mulakan kehidupan yang baru. Dakwa Ananda Natasha atau lebih mesra disapa Tasha, dia mengakui emosi sangat terkesan dengan ‘serangan’ daripada bekas mentua. Kata Tasha, dia enggan terlibat dengan sebarang drama dan hanya mahu jalani kehidupan dengan aman.

“Sebenarnya saya tak nak drama. Bila kita dah mula berdamai dengan diri sendiri, ada saja yang datang. Bila saya dapat mesej yang seperti itu, ianya mengacau emosi saya. Saya dapat mesej itu dari bekas mentua saya. Sebenarnya saya sangat sayang dia, sebab dia banyak tolong saya masa perkahwinan saya dan anaknya dulu. Cuma bekas mentua sering kali hantar mesej mengungkit-ungkit. Saya rasa trauma dan kacau mental saya. Setiap bulan dia mesej saya. Dia rasa saya lah punca pertama anak dia jadi macam ini sekarang.”

Tasha berkata demikian ketika ditemui, pada majlis Pelancaran Lagu Baru Minaz Oleh Ananda Natasha dan Soft Launch Pop Up Store di Bangi Sentral pada Ahad. Walau bagaimanapun, Tasha tidak berkongsi lanjut tentang mesej yang diterimanya. Dalam pada itu, Tasha menyatakan bahawa hubungan dengan bekas suaminya iaitu Andika Putera dalam keadaan baik.

Tambah Tasha, mereka masih berhubung baik terutama tentang anaknya, Alisha Puteri. “Saya okay saja dengan Andika. Kami borak tentang anak saja.” Berkongsi lebih lanjut, pengasas Minaz iaitu Hafiza Abdul Hamid memilih Tasha sebagai penyanyi lagu ‘Ada Untuk Diriku’ ini kerana dia ingin membawa nafas segar kepada karyanya setelah sekian lama berehat dari dunia seni.

Ujar Hafiza atau lebih mesra disapa Pija, lagu ini mencerminkan perjalanan kecekalan, penemuan diri dan keberanian untuk merangkul siapa kita sebenarnya. Lagu ‘Ada Untuk Diriku’ ini bakal dilancarkan di semua platfrom pada 14 Mac ini. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version