Menyesal buat hidung dekat Vietnam, Anju terkena jangkitan sampai demam dan sakit badan

Advertisements
Advertisements

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie meluahkan rasa kesal dengan tindakannya yang membuat pembedahan plastik di Vietnam tahun lalu. Menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul memaklumkan operasi plastik itu telah menyebabkan dia terkena jangkita. “Hidung Anju (panggilan Zarina) sakit terkena jangkitan sampai demam dan sakit badan. Saya menyesal buat hidung dan tak nak buat lagi dah, esok (hari ini) saya nak buka (silikon). Klik sini untuk lihat video.

Tidak tahan dengan sakit yang dialami, Zarina kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta yang terletak di ibu kota. “Nak tunggu buat di hospital lambat jadi saya buat saja di sebuah klinik ini. Doktor kegemaran saya ini tak buat operasi pun sebab saya minta dia keluarkan silikon itu sahaja. Tengoklah sekarang kemerahan pada hidung saya semuanya dah hilang dan jahitan yang dibuat juga sangat kemas.

Bercerita lanjut, Zarina mendakwa proses yang dilakukan oleh pihak klinik di Vietnam sangat tidak bersih yang membuatkan hidungnya terkena jangkitan. “Jangkitan itu dah ada sejak saya balik daripada Vietnam lagi. Dia dipanggil ‘silence infection’ sebab nampak saja okay tapi sakit di bahagian dalam saya saja tahu. Klinik di Vietnam sangat tak bersih sebab bila saya buka tadi rupanya silikon itu dia dah gunakan kepada orang lain.

Selepas itu mereka cuci silikon itu dah pakaikan pula kepada saya.” Sebelum ini, Zarina menerima kecaman daripada warganet selepas berkongsi mengenai keadaan wajahnya ketika sebelum dan selepas melakukan pembedahan terbabit yang dipercayai dilakukan di Vietnam

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version