Kagum dengan cara didikan Neelofa dan Pu Riz, warganet puji Bilal lancar baca surah Al Fatihah

Advertisements
Advertisements

Telatah cahaya mata sulung kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa iaitu Bilal telah menyorot perhatian warganet. Menerusi perkongsian semula di TikTok, kelihatan Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor sedang menjelaskan tentang Al-Quran bersaiz besar yang diterimanya daripada rakan artis, Betty Rahmad. Namun, yang menarik perhatian warganet adalah bacaan surah Al-Fatihah oleh Bilal. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara sebutan Bilal yang jelas. Dalam masa yang sama, mereka kagum dengan Neelofa serta PU Riz yang menerapkan ajaran Al-Quran kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. “Sebutan dan makhraj Bilal tu macam dah umur 9 10 tahun. Bagus mak ayah didik dari kecil.” “Masya-Allah umur baru 3 tahun dah jelas bacaan Al-Fatihah.” “Pandainya Bilal baca Al-Fatihah, tak pelat pun.” “Jelas makhraj dan sebutan, Masya-Allah Bilal, seindah namanya.” “Saya tak fokus dah apa Neelofa cakap, saya fokus dengar apa Bilal sebut.”

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4 dan Abdullah Abbas, 2. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version