Aisyah Hijanah muat naik video umum hamil zuriat keempat, tapi reaksi Aliff jadi perhatian ramai

Advertisements
Advertisements

Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah umum hamil zuriat keempat menerusi  satu entri dalam TikToknya, baru-baru ini. Dalam perkongsian itu, Aisyah atau nama lengkapnya Aisyah Hijanah Azhari, 27, turut memuat naik sebuah video memaparkan ujian alat kehamilan yang mengesahkan kehamilannya. Apa yang menarik perhatian ramai adalah reaksi suaminya iaitu Mohd Hazalif Mohd Hazani atau lebih mesra disapa Alif seolah-olah terkejut dengan khabar baik itu. Klik sini untuk lihat video.

“Semoga anak keempat ini ikut muka Aisyah, dah beranak tiga semua muka Alif je. Semoga Allah pelihara keluarga kecil kami,” ujar Aisyah dalam video tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut kerana mereka tidak menyangka Aisyah akan menambah ahli keluarga memandangkan baru sahaja melahirkan anak ketiga. Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut kerana dikurniakan rezeki cahaya mata yang keempat selepas hampir tujuh tahun membina mahligai.

Terdahulu, pasangan tersebut menjadi bualan hangat ramai apabila Aisyah Hijanah dilaporkan memfailkan tuntutan untuk berpisah terhadap suaminya, Alif Teega pada Ogos 2024. Bagaimanapun, Alif akui terkejut dan tidak mengetahui perkara tersebut kerana terlalu sibuk menguruskan perniagaan. Sehingga kini, isu itu sudah menajdi sepi dan berkemungkinan Aisyah menarik semula tuntutan tersebut.

Sekadar info, Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah. Sumber: Omm.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version