Tangguh hasrat nak kahwin sebab mahu bayar hutang, Dato red yakin mampu selesaikan dalam tempoh 5 tahun

Advertisements
Advertisements

MAHU menyelesaikan tunggakan hutang sebanyak RM7 juta, usahawan Datuk Seri Adnan Abu memberitahu perkara itu menjadi faktor dia menangguhkan niat untuk mengahwini semula bekas isterinya iaitu Adira Suhaimi. Menurut Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red, 47, dia kini sedang berusaha membayar dan melunaskan hutang berkenaan dalam tempoh lima tahun seperti dirancang.

“Saya masih teruskan bayar hutang tapi secara ansuran sebab terlampau banyak. Walau apa berlaku niat saya masih sama iaitu selesaikan hutang dahulu, niat nak kahwin tu kemudian baru fikir,” katanya. Meskipun sudah setahun membayar hutang berkenaan, Adnan memberitahu amaun berkenaan masih belum mencapai RM1 juta. Dia bagaimanapun kekal positif mampu menyelesaikan hutang tersebut sekurang-kurangnya lima tahun lagi.

“Belum sampai RM1 juta pun jumlah yang saya bayar. Tapi saya tetap akan berusaha semampu boleh, paling tidak tiga hingga lima tahun lagi insya-Allah boleh selesai. Itu pun kalau sambutan perniagaan saya baik seperti sekarang, Malah saya tidak bercuti walaupun badan sakit sebab terkenang tanggungajawab yang digalas,” jelasnya. Pada Mac tahun lalu, Adnan mendedahkan dirinya sudah muflis dan menanggung hutang sebanyak RM7 juta.

Malah Adnan melantik peguam bagi membantunya menyelesaikan hutang berkenaan secara berperingkat. Untuk rekod, Adnan mengahwini Adira sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015, namun berpisah pada 24 April tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim juga berakhir dengan perpisahan pada 13 Mei tahun sama dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Sumber: Mstar.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version