Siapa sangka di sebalik populariti dan kesibukan kerjaya seni, penyanyi Tomok sambung Master atau ijazah sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Ternyata, penyanyi berusia 41 tahun itu bakal menuntut ilmu lebih mendalam tentang seni persembahan di peringkat akademik, sekali gus menunjukkan keseimbangan antara pengalaman dan pendidikan formal dalam sebagai anak seni.
Menerusi laman Instagram, pemilik nama Shah Indrawan Ismail itu berkongsi satu hantaran menerima tawaran kemasukan bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa. “Perjalanan baru buat saya selepas Universiti Utara Malaysia (UUM). Semoga dipermudahkan, amin,” tulisnya baru-baru ini dengan memuat naik surat tawaran daripada UPSI.”
Meninjau ke ruangan komen, beberapa rakan artis dan pengikut mengucapkan selamat maju jaya buat Tomok selain menitipkan doa dipermudahkan urusan pembelajaran selepas tamat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di UUM, pada tahun 2020. Sebelum ini, vokalis kumpulan New Boyz itu pernah menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana kerana ingin menunjukkan contoh terbaik untuk anak-anaknya supaya mengikut jejak langkah yang sama.
Untuk rekod, Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abas atau lebih mesra dipanggil Ayu pada 2 Julai 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.