Dua kali gagal dalam alam perkahwinan, Nora Danish belum putus harapan untuk mencari teman hidup baru

Advertisements
Advertisements

DUA kali gagal dalam alam perkahwinan, pelakon Nora Danish menjelaskan dia masih lagi belum putus harapan mahupun fobia untuk mencari teman hidup baharu. Nora, 43, berkata dia ada menitipkan doa supaya dipertemukan jodoh yang mampu membimbingnya ke arah kebaikan semasa menunaikan umrah pada Februari lalu.

“Siapa sahaja tidak mahu kahwin kan? Saya pun tidak pernah putus harapan ataupun trauma dengan perkahwinan sebelum. Saya ada doa (semasa di umrah) untuk dipertemukan dengan insan yang baik. Namun, biar saya berubah ke arah kebaikan dulu. Bila kita sudah faham agama, jadi saya mahu cari orang yang sesuai, mempunyai hati yang baik. Namun sehingga sekarang masih belum jumpa,” katanya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version