Ahli perniagan terkenal, Christy Ng mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video membelanjakan RM30,000 untuk ‘restock’ pelbagai makanan dan minuman serta keperluan harian buat pekerjanya sepanjang bulan Ramadan. Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Christy dilihat telah membeli pelbagai jenis minuman seperti susu, yogurt, serta minuman bervitamin untuk diletakkan di pantry pejabat bagi memastikan semua pekerjanya kekal bertenaga ketika berpuasa.
Selain itu, beberapa jenis makanan seperti roti Paris Baguette, coklat, ais krim serta beberapa jenis makanan segera turut disediakan. Menariknya, pantry di pejabat Christy bukan sekadar tersedia makanan ringan, tetapi makanan dari jenama Pak Mat Western turut dibekalkan oleh ahli perniagaan ini bagi membolehkan pekerjanya menikmati hidangan tersebut untuk berbuka puasa. Tidak hanya makanan dan minuman, barangan peribadi seperti deodoran serta ubat-ubatan juga disediakan demi kesihatan pekerjanya. Klik sini untuk lihat video.
Difahamkan, jumlah kos keseluruhan yang dibelanjakan untuk mengisi pantry tersebut mencecah RM30,000. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan memuji Christy yang sanggup berhabis berpuluh ribu untuk menjaga kebajikan serta menghargai pekerjanya. Tidak kurang juga ada yang berseloroh ingin menjadi staf Christy selepas melihat pelbagai makanan dan minuman menarik yang disediakan di pejabatnya.
“Untung gila staf dia, bukan setakat makanan, suncreen deodoran dengan vitamin pun ada.” “Pekerja dia tinggal terus dekat ofis ke macam mana?” “Mak aih, betul-betul majikan dari syurga. Ketika pekerja pun dia cakna juga.” “Aku nak intern sini.” “Punyalah tak nak staf sakit, supplement pun bos tanggung tay. Siapa tak sayang bos macam ni.” “Ini dah melanggar hukum majikan.” “Ini rasanya memang nak suruh kerja 24 jam.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.