Terpaksa pendam perasaan sebab nak ringankan beban ibu, tak sangka rupanya Elfira Loy tak minat berlakon

Advertisements
Advertisements

MULA melibatkan diri dalam dunia seni sejak kecil, Elfira Loy rupa-rupanya tidak pernah berminat bergelar seorang pelakon. Sebaliknya kata Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 31, dia meneruskan kerjaya ini kerana mahu membantu ibunya menambah pendapatan mereka sekeluarga. Menurut Elfira pendapatan pertama diterimanya juga telah membuka matanya untuk lebih serius meneruskan kerjaya sebagai pelakon.

“Orang ingat saya suka berlakon tetapi sebenarnya tidak. Sebenarnya saya mula berlakon sebab nak tolong ibu saya sahaja. Ketika pertama kali mendapat bayaran saya sedar kerjaya ini boleh membantu ibu. Saya masih ingat lagi menerima bayaran ketika terlibat dalam sebuah teater,” katanya. Elfira berkongsi perkara tersebut dalam temu bual bersama podcast Wardah Heart to Heart yang dikendalikan oleh pengacara Dayah Bakar.

Bercakap lanjut pelakon ini juga mengakui dirinya seorang yang introvert dan lebih suka tidak berkongsi kisah peribadi kepada orang ramai. Malah ibunya sendiri iaitu Filzah Yusoff tidak tahu akan isi hatinya yang kurang berminat terhadap dunia seni. “Walaupun saya tak suka berlakon dan seorang introvert tapi disebabkan kerja ini boleh membantu ibu, saya lakukan juga.

Sejak dulu saya suka pendam perasaan sebab ibu saya hanya ada saya. Kalau saya sedih, semestinya dia akan dua kali ganda sedih. Jadi disebabkan itu, hati saya keras dan di bawa sampai sekarang,” ujarnya. Selesa mengambil pendekatan memendam perasaan, Elfira juga jarang bercerita sebarang masalah kerana bimbang akan menyusahkan ibunya. Baginya doa adalah cara terbaik untuk meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati.  

“Saya memang sejak kecil bergantung kepada Allah. Memang saya banyak cerita dekat Allah. Itu sahaja cara yang ada. Kalau ada perkara kecil terjadi, saya akan kongsi dengan adik-beradik. Ibu akan tahu juga jika saya tidak bercerita,” luahnya. Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version