Pengacara dan penyanyi popular, Elly Mazlein berkongsi detik-detik pertemuan pertama dengan suaminya, Mohamad Azlan hingga meraih perhatian warganet. Menceritakan kembali, pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata dia bertemu dengan suaminya ketika dijemput untuk menghadiri majlis akikah rakannya. “Masa rakan bersalin saya tak dapat nak datang sebab ada kerja. Kemudian, saya pun datang dan bersembang dengan kawan. Klik sini untuk lihat video.
Tengah bersembang kawan suruh tengok meja sebelah sebab ada orang kacak.” Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom berkata suaminya terlebih dahulu melakukan langkah pertama dengan berani bertentang mata dengannya. “Jadi saya pun pandang, bila pandang tu terus bertentang mata dengan suami.
Saya pun larikan pandangan dan berfikir sama ada dia tengah tengok saya atau tidak dan memang betul dia tengah tengok saya. Masa kejadian saya memang tengah rancak berborak tapi bila nampak suami terus berkelakuan baik.” Untuk rekod, Kak Lina dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2020 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Haider Mateen.
Sebelum ini. Kak Lina pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun berpisah pada Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.