ENGGAN isu rumah tangganya terus menjadi bualan ramai, suami Datuk Nora Ariffin menjelaskan perkahwinan dengan penyanyi itu dibuat atas kehendak dirinya sendiri. Dr. Rushdi Ramli memberitahu sebagai suami dia berasa sedih apabila ada menggelarkan Nora, 53, dengan pelbagai gelaran seperti perosak rumah tangga dan penyondol kerana ia tidak berlaku seperti apa disangka masyarakat. “Amat menyedihkan juga apa yang berlaku terhadap isteri saya, Nora turut menerima gelaran sedemikian (penyondol).
Hakikatnya siapa yang cari siapa? Adakah lelaki yang mencari wanita atau wanita yang tergila-gila mencari lelaki? Di sini tidak dapat dinafikan bahawa sayalah insan yang meminang Nora (bukan sebaliknya). Bagi saya semua berlaku dengan kehendak Allah,” katanya. Rushdi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Khamis.
Dalam pada itu, Rusdi menjelaskan pada awalnya dia tidak pernah terfikir mendekati Nora memandangkan mereka dalam bidang jauh berbeza. Namun semuanya berubah apabila suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi pergi menghadap illahi yang mendorong niat untuk menjaga, membimbing, mengajar ilmu dan menjaga anak-anak Johan yang juga sahabat baiknya.
“Demi Tuhan, hanya Allah SWT yang tahu niat saya dan semuanya adalah dengan kehendak-Nya juga. Hakikatnya, pada awalnya saya merasa amat ragu-ragu dengan hasrat untuk memperisterikan beliau kerana bimbang ditolak, lebih-lebih lagi kami dalam bidang karier yang jauh berbeza. Hidup kita sentiasa di dalam lingkaran qada dan qadar Allah SWT… Siapalah yang mampu menafikan hakikat yang teras ini,” jelasnya.
Mengulas mengenai isu mengenai rumah tangganya, Rusdi menganggap ia sebagai ujian apatah lagi wujud campur tangan daripada insan yang rapat dengannya. “Adakah saya tidak menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami, bapa kepada anak-anak saya yang sudah dewasa? Saya menikahi seorang wanita yang kehilangan suami, bukan melakukan prkara dilarang dan bertentangan dengan Islam.
Sebagai seorang ahli agama, saya sentiasa berusaha menjaga batas-batas, hukum halal dan haram tetapi saya tidaklah sempurna,” katanya. Tambah Rusdi, sepanjang berkahwin Nora adalah seorang wanita yang sentiasa menjaga sikap selain mudah menerima nasihat dan pandangan daripada sebagai suami. “Sebagai insan ‘ditakdirkan’ berkahwin dengan Nora, dengan tidak ada niat takabur atau riyak atau menunjuk-nunjuk atau mengecilkan hati sesiapa, saya dapati beliau adalah isteri yang baik.
Doakan agar bahtera perkahwinan saya sentiasa mendapat keberkatan dari Allah selain bersabar dan mampu menangani sebarang masalah kecil atau pun besar,” ujarnya. Pada 12 Ogos tahun lalu, Rushdi melepaskan Nora dengan talak satu menerusi rakaman video berdurasi 52 saat selepas dua tahun berkahwin. Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suami sebaliknya mengikut arahan seseorang.
Selepas sebulan mengumumkan perpisahan itu, penyanyi berkenaan memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk. Pada 23 Februari lalu, Nora membuat pendedahan di Instagram memberitahu sudah lebih 10 kali dia meminta untuk dilepaskan atas permintaan isteri pertama dan anak tirinya. Malah penyanyi lagu Desa Tercinta ini mendakwa usaha untuk berbaik dan berdamai dengan madu dan ahli keluarga tidak berhasil walaupun diuruskan oleh Rushdi sendiri.
Situasi menjadi lebih rumit apabila anak perempuan Rushdi iaitu Alia menjadikan media sosial mendedahkan rasa tidak puas hati. Menurut Nora lagi, dia telah menyerahkan surat bertarikh 2 Disember 2024 kepada Alia bagi jemputan untuk mediasi bagi menyelesaikan apa-apa masalah dengan cara terhormat. Namun Alia tidak hadir dan tidak mengendahkan mediasi yang ditetapkan. Nora sebelum itu pernah berkahwin dengan komposer Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Johan pergi menghadap illahi pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.