Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menasihati pasangan yang sudah berkahwin supaya jangan sesekali melibatkan orang luar dalam apa jua keadaan sekiranya mahu bahtera rumah tangga bertahan lama. Aliff berkata, mana-mana pasangan yang melibatkan keluarga mahupun saudara-mara tatkala perkahwinan dilanda badai, itu menandakan mereka masih belum matang. Usahawan itu berpendapat, suami isteri perlu bijak dalam menyelesaikan masalah yang berlaku.
“Tips nak perkahwinan bertahan lama, jangan libatkan orang luar termasuk keluarga. Semua tak betul, yang tahu baik buruk kita adalah pasangan sendiri. Jangan terpengaruh dengan mak, ayah atau adik beradik. Apabila sudah berkahwin jangan pernah libatkan mereka. Kalau benarkan keluarga masuk campur bermakna anda belum cukup matang. Kalau tak pandai buat keputusan jangan kahwin. Kepada lelaki perlu ada jati diri untuk jadi pemimpin dalam keluarga.” Klik sini untuk lihat video.
Aliff berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini. Dalam sesi sama, Aliff berkata, pasangan suami isteri hendaklah mengurangkan berkongsi momen romantis dalam media sosial kerana apa yang dipaparkan belum tentu sama dengan kehidupan sebenar. “Kalau kahwin sampai 50 tahun pun, belum tentu saling melengkapi kerana dalam perkahwinan tiada yang sempurna. Namun sentiasa usaha untuk berikan yang terbaik.
Kalau ada pasangan jangan tayang di media sosial. Apa yang ditayangkan tidak seindah dalam kehidupan realiti. Bukan semuanya indah dalam perkahwinan. Kalau setakat kahwin lima atau enam tahun belum jamin kebahagiaan, panjang lagi perjalananya. Saya bukan mengutuk tetapi itu apa yang saya lihat. Kadang rasa cemburu dengan pasangan yang pegang tangan sambil berjalan, hujung-hujung dia yang cerai dulu. Waktu bercinta kemain romantik, sekali kahwin tak sampai setahun.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.