Pelakon dan penyanyi, Zizan Razak tidak mengambil serius dengan usikan warganet yang mahu melihat dia dan aktres, Emma Maembong kembali bersama selepas mereka dilihat begitu akrab ketika mempromosikan pakaian raya, baru-baru ini. Zizan atau nama lengkap Mohd Razizan Abdul Razak, 41, berkata, hubungan mereka masih baik sebagai kawan dan tidak pernah terlintas untuk ke fasa yang lain.
“Pada saya, keserasian dengan Emma memang nampak jelas. Kami memang ‘ngam’ dari sudut profesional dalam bekerja. Kami memang saling memahami. Memang rasa menggamit kenangan apa yang kami lalui dulu, tetapi kalau nak pergi ke arah lain itu tidak terfikir. Nak cakap mustahil itu tidak boleh, sebab saya bukanlah orang yang boleh menentukan masa depan.” Zizan berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana Astro Raya 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di Damansara, baru-baru ini.
Tambah Zizan, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berjumpa mahupun bekerjasama dengan Emma biarpun aktres itu pernah menjadi insan istimewa dalam hatinya suatu ketika dahulu. “Ada ex (bekas kekasih) yang saya tak boleh bercakap, tetapi Emma tidak. Mungkin kami pernah sama-sama salah. Kami pun sudah matang, jadi lupakan benda tak perlu pada masa akan datang.
Selepas putus ada juga jumpa, selalunya jumpa di acara. Emma pun ada kenalkan saya dengan anak-anak dia. Sudah rasa seperti anak sendiri. Kita doakan yang baik-baik untuk Emma dan anak-anaknya. Saya juga ada hubungan yang baik dengan bekas suaminya, Shazli.” Dalam pada itu, disoal mengenai kemesraan semasa penggambaran pakaian raya sebuah jenama, Zizan berkata, aksi mesra yang ditunjukkan bukanlah dibuat-buat, sebaliknya berlaku semula jadi dan spontan.
“Saya melayan sahaja perangai dia dan semua itu hanya untuk kerja. Kami cuba sedaya upaya untuk promosikan jenama yang ambil kami sebagai duta. Semua itu bukan dibuat-buat, semuanya berlaku begitu sahaja tanpa sebarang skrip.” Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.