Hanya beri tempoh 7 hari, terkejut bila Sarah Yasmine tuntut ganti rugi lebih RM800 ribu terhadap Aliff Aziz

Advertisements
Advertisements

WANITA yang pernah mengaku kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menuntut ganti rugi sebanyak S$250,000 atau RM875,000 terhadap aktor berkenaan sebagai pampasan kerana secara salah memulakan tuntutan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) terhadapnya tahun lalu. Sarah, 25, berkata, tindakan tersebut tidak berasas memandangkan Aliff sudah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan aktres Ruhainies pada 21 Februari lalu.

Jelas Sarah, pengakuan dibuat Aliff sekali gus mengesahkan semua kenyataan pernah dikeluarkan terhadap aktor itu sebelum ini terbukti benar. “Saya merujuk kepada pengakuan bersalah anda yang baru-baru ini pada 21 Februari 2025 berkaitan dengan kes khalwat melibatkan seorang pelakon Malaysia, seperti dilaporkan secara meluas di media Singapura dan Malaysia. 

“Pengakuan ini mengesahkan bahawa kenyataan saya sebelum ini mengenai hubungan anda dengan pelakon tersebut, yang telah saya kongsikan secara terbuka, adalah benar dan tidak memfitnah. Walaupun begitu, anda telah secara salah memulakan tuntutan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) terhadap saya, yang membawa kepada Perintah Perlindungan Segera (EPO) yang dikeluarkan pada 29 April 2024.  Tindakan undang-undang ini adalah remeh dan tidak berasas,” katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi notis tuntutan (letter of demand) atau LOD yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. Tambah Sarah, dia juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan ganti rugi seperti diminta. Berkongsi lanjut, Sarah memberitahu dia tidak akan berdiam diri selepas setahun menunggu keputusan ini.

Malah dia juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu lain yang memburukkan nama baiknya sebelum ini. “Ini hanyalah permulaan, bagi mereka yang telah menganiaya saya dalam tempoh sama, terutamanya mereka yang mereka cipta fitnah tentang saya, sama ada besar atau kecil, ketahuilah bahawa saya akan datang untuk anda juga tahun ini.  Anda tahu siapa anda. Dah kata, kebenaran, pasti akan menang,” luahnya.

Pada tahun lalu, Sarah memaklumkan dia menerima notis mahkamah di Singapura untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan Aliff. Bagaimanapun pertikaian mereka dapat diselesaikan secara baik melalui mediasi di mahkamah.  Nama Sarah menjadi bualan hangat apabila dia muncul mengaku dirinya kekasih Aliff. Dia membuat pendedahan itu kerana tidak tahan melihat pelakon itu teruk dikecam susulan dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac tahun lalu.

Sejak itu, Sarah mula mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan dipercayai di antara Aliff dan wanita dinamakan sebagai NRF di Instagram miliknya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version