Tiada penggantungan lesen dikenakan ke atas pengendali stesen radio Era FM susulan kontroversi melibatkan tiga penyampai stesen radio terbabit baru-baru ini. Bagaimanapun, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Maestra Broadcasting Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000. Menurut MCMC, tindakan berkenaan dibuat berhubung kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kerana memuat naik kandungan jelik melampau.
“MCMC telah menerima rayuan daripada Maestra Broadcast Sdn Bhd selaku pengendali stesen radio Era FM berhubung notis niat penggantungan lesen yang telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut pada 7 Mac 2025. Setelah meneliti hujah-hujah rayuan tersebut, keputusan dibuat untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd. Dalam membuat keputusan tersebut, pertimbangan juga telah diberikan terhadap tindakan-tindakan susulan yang telah dilaksanakan oleh syarikat pemegang lesen, permohonan maaf oleh pihak terbabit, serta kesan penggantungan terhadap stesen radio Melody dan Mix FM yang beroperasi di bawah lesen yang sama.”
MCMC menyatakan pihaknya memandang serius sebarang tindakan memuat naik kandungan dalam talian yang boleh mengakibatkan ketegangan antara agama atau mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Terdahulu, trio penyampai radio itu memohon maaf berhubung video kontroversi yang didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu iaitu upacara suci yang dilakukan ketika Thaipusam.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.