Minta orang ramai doakan dia agar terus kuat, Abby Abadi luahkan isi hati tentang tahap kesabaran yang ditanggung

Advertisements
Advertisements

Hantaran terbaharu di TikTok milik pelakon, Abby Abadi menuai perhatian apabila dia meluahkan isi hati tentang tahap kesabaran yang ditanggung. Menerusi hantaran itu, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata, dia sanggup bersabar meskipun pernah dikecewakan dan diniayai seperti tiada hati serta perasaan. “Jangan ajar aku tentang sabar, aku pernah dikecewa setengah nyawa. Dianiaya seperti tiada hati, kamu tahu rasanya dibnh tapi tidak mti?”

Sementara itu, di ruang kapsyen, Abby meminta orang ramai mendoakannya agar terus kuat menempuhi liku kehidupan. “Tak berharap apa-apa, cuma doakan saya terus kuat dan jadi terhebat berjuang untuk kehidupan didunia dan akhirat.” Sejak minggu lalu, kisah keluarga Abby menjadi bualan ramai bermula dengan isu permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh menantunya, Ahmad Aslam. Susulan itu, Abby dan Aslam serta dua isterinya, Umisya Mazlan dan Marissa Dania saling berbalas kenyataan dalam media sosial masing-masing.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version