Selebriti dan usahawan Neelofa memberitahu dia sebenarnya sudah lama mengetahui tentang hubungan cinta antara penyanyi Aisyah Aziz dan abang iparnya. Bagaimanapun, Neelofa berkata dia menghormati hubungan Aisyah dan abang kepada suaminya, PU RIz itu selain meluahkan rasa syukur pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga baru-baru ini. “Saya dah tahu lama dah (hubungan Aisyah dan abang ipar) tapi sudah tentu saya hormat hubungan mereka. Selagi tak ada akad dan kita pun tak tahu apa jadi.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Mereka pun duduk dekat saja dalam kawasan rumah saya. Jadi, doakan supaya mereka layari rumah tangga dengan mudah dan baik,” katanya kepada Gempak. Berkongsi mengenai keperibadian Aisyah dan abang iparnya, Neelofa memberitahu pasangan itu sememangnya mempunyai sifat yang baik. “Aisyah seorang yang sangat lemah lembut, baik, seorang yang tak banyak songeh. Dia sangat mudah untuk menyesuaikan diri pada perubahan.
Saya nampak dia seorang yang tak ada banyak hal, dia macam seorang yang ‘easy going’. Manakala abang ipar saya ini kan anak sulung, jadi dia seorang yang bertanggungjawab. Seorang yang beradab… kalau mana-mana ibu bapa tengok terus suka la. Dia pun pandai ambil hati orang tua,” ujarnya. Untuk rekod, Aisyah berkahwin dengan abang kepada PU Riz di Singapura pada 11 April lalu.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.